free website builder

Terma & Syarat

Terma Dan Syarat Pesanku

Berkuatkuasa 22 Mei 2019


Selamat datang ke Terma dan Syarat Penggunaan Pesanku (“Terma”). Terma di bawah adalah penting kerana terma-terma ini:

Menggariskan hak anda di sisi undang-undang terhadap Pesanku

Menerangkan hak yang anda beri kepada kami apabila anda menggunakan Pesanku

Menerangkan peraturan yang perlu diikuti oleh semua pengguna apabila menggunakan pesanku

Mengandungi aspek penepian tindakan berkelompok dan perjanjian tentang cara menyelesaikan pertikaian yang mungkin timbul melalui penimbangtaraan

Sila baca Terma dan Syarat, Polisi Privasi serta terma-terma lain yang dirujuk dalam halaman ini dengan teliti.


1 Pengenalan

2 Perubahan kepada Perjanjian

3 Dokumen Pengisytiharan

4 Akses Dan Pengemaskinian Maklumat Peribadi

5 Menggunakan perkhidmatan kami

6 Aplikasi dan Peranti Pihak Ketiga

7 Kandungan Janaan Pengguna

8 Garis panduan pengguna

9 Pelanggaran dan melaporkan Kandungan Pengguna

10 Sokongan pelanggan

11 Kawalan Eksport

12 Terma dan penamatan

13 Penafian jaminan

14 Pengehadan

15 Keseluruhan perjanjian

16 Kebolehasingan, penepian dan tafsiran

17 Penyerahan Hak

18 Pembayaran ganti rugi

19 Pilihan undang-undang, penimbangtaraan wajib dan tempat

20 Hubungi kami



1. Pengenalan

Pesanku merupakan platform yang menyediakan perkhidmatan dokumentasi wasiat tadbir pusaka, hibah dan harta sepencarian secara atas talian. Dengan mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan Pesanku, termasuk semua butang kefungsian dan ciri yang berkaitan, antara muka aplikasi laman web dengan pengguna, selain semua kandungan dan aplikasi perisian yang berkaitan dengan perkhidmatan kami (secara berkelompok, “Pesanku”, “Pesanku.my atau “Perkhidmatan”) atau mengakses  kandungan atau bahan lain yang tersedia melalui Perkhidmatan (“Kandungan”), anda telah bersetuju menggunakan perkhidmatan dan entiti Pesanku mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam keseluruhan seksyen ini (Terma dan Syarat).


Perjanjian anda bersama kami termasuk Terma ini serta terma tambahan yang anda persetujui, sebagaimana yang telah dibincangkan dalam seksyen Keseluruhan Perjanjian di bawah, selain terma dengan mana-mana pihak ketiga (secara berkelompok, “Perjanjian”). Perjanjian ini termasuk terma berkaitan jika terdapat perubahan masa akan datang kepada Perjanjian, memperbaharui pengisytiharan, pengehadan liabiliti, privasi, penepian tindakan berkelompok, kawalan eksport serta penyelesaian pertikaian oleh penimbangtaraan dan bukan di mahkamah. Jika anda hendak menyemak terma Perjanjian ini, versi semasa yang sedang berkuat kuasa bagi Perjanjian ini boleh didapati di laman web pesanku.my. Anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima Perjanjian ini, serta bersetuju untuk diikat oleh Perjanjian. Jika anda tidak bersetuju dengan (atau tidak dapat mematuhi) perjanjian ini, maka anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan Pesanku atau mengakses Dokumen Pengisytiharan yang ada dalam aplikasi laman ini.

Untuk menggunakan Perkhidmatan Pesanku dan mengakses apa-apa jua Dokumen Pengisytiharan, anda perlu


(1) memenuhi syarat-syarat seperti yang boleh dilihat dalam jadual dibawah

(2) mempunyai kuasa untuk memasuki kontrak yang mengikat dan tidak dihalang daripada berbuat demikian mengikut undang-undang yang berkenaan, serta

(3) Anda juga berjanji bahawa pendaftaran maklumat yang anda serahkan kepada Pesanku adalah benar, tepat, serta lengkap dan anda bersetuju untuk memastikannya adalah seperti demikian pada setiap masa.


2. Perubahan Dalam Perjanjian

Kadangkala berlaku penambahbaikan dan terdapat perubahan yang kami lakukan kepada Perjanjian atas sebab-sebab yang sah, seperti menaik taraf fungsi atau ciri-ciri sedia ada atau menambahkan fungsi baharu atau ciri pada Perkhidmatan, menggunakan kecanggihan bidang sains dan teknologi, serta pelarasan teknikal yang wajar pada Perkhidmatan, dengan memastikan kebolehkendalian atau keselamatan Perkhidmatan, serta atas sebab undang-undang atau pengawalaturan. Apabila kami membuat perubahan penting pada Perjanjian ini, kami akan memberi anda notis sebagaimana bersesuaian pada ketika itu, seperti dengan memaparkan notis yang mudah dilihat umum atau mendapatkan persetujuan anda semasa menggunakan Perkhidmatan atau dengan menghantar e-mel kepada anda. Dalam sesetengah kes, kami akan memaklumi anda lebih awal, serta penggunaan Perkhidmatan ini dengan berterusan oleh diri anda setelah perubahan dibuat akan membentuk penerimaan anda terhadap perubahan ini. Dengan itu, sila pastikan anda membaca notis sedemikian dengan teliti. Jika anda tidak mahu meneruskan penggunaan Perkhidmatan ini di bawah versi baharu Perjanjian ini, anda boleh menamatkan akaun anda dengan menghubungi kami. Jika anda menerima Percubaan atau Langganan Berbayar melalui pihak ketiga, anda mestilah membatalkan Langganan Berbayar yang berkenaan melalui pihak ketiga tersebut.


3. Dokumen Pengisytiharan

Pesanku menyediakan tiga jenis dokumen pengisytiharan iaitu dokumen wasiat tadbir pusaka, dokumen hibah dan juga dokumen pengisytiharan harta sepencarian. Untuk mengakses dokumen ini anda perlu mengisi ruangan maklumat yang diperlukan sehingga lengkap. Setelah ruangan maklumat selesai diisi, anda perlu membuat pembayaran melalui perbankan atas talian bagi setiap dokumen. Dokumen hanya boleh dicetak setelah pembayaran diselesaikan. Dokumen dalam bentuk .pdf beserta maklumat pembayaran akan dihantar kepada mel elektronik atau emel yang disertakan ketika mengisi ruangan maklumat dokumen sebagai salinan simpanan pelanggan. Setiap dokumen yang dicetak perlu mendapatkan akuan bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah berserta lampiran yang perlu dikemukan seperti yang dinyatakan dalam dokumen pengisytiharan. Dokumen pengisytiharan hanya akan sah diperakukan setelah akuan sumpah dibuat.


4. Akses Dan Pengemaskinian Maklumat Peribadi

Dokumen yang telah siap dicetak serta diterima melalui emel elektronik pelanggan merupakan salinan tunggal. Pelanggan boleh mengakses dan meminda semula dokumen yang telah diisi tanpa had. Pelanggan perlu kemaskini maklumat tersebut sekiranya ada sebarang perubahan. Dokumen tersebut hanya tersimpan yang terbaharu dalam system. Sekiranya pembelian tidak Berjaya anda boleh membuat semula atau menghubungi kakitangan Pesanku di atas talian 03 2787 2064 atau emel ke [email protected]


5. Menggunakan perkhidmatan kami


Perkhidmatan Pesanku adalah harta milik PesanTech Sdn Bhd. Kami memberi anda kebenaran yang terhad, tidak eksklusif dan boleh ditarik balik untuk menggunakan Pesanku yang terdapat dalam Pesanku secara peribadi dan bukan dagangan (secara berkelompok, “Akses”). Akses ini akan tetap berkuat kuasa sehingga anda siap mencetak Dokumen Pengisytiharan anda. Anda berjanji dan bersetuju bahawa anda menggunakan Perkhidmatan Pesanku dan Dokumen Pengisytiharan ini untuk penggunaan peribadi dan bukan dagangan anda sendiri dan bahawa anda tidak akan mengedar semula, memindahkan, mengubah struktur Dokumen Pengisytiharan untuk tujuan keuntungan diri sendiri atau pihak lain. Aplikasi perisian Pesanku dan Dokumen Pengisytiharan hanya dijual kepada pemilik nama yang termaktub dalam Dokumen Pengisytiharan, serta Pesanku mengekalkan pemilikan semua salinan aplikasi perisian Pesanku walaupun selepas pemasangan pada komputer peribadi anda, telefon mudah alih, tablet, peranti boleh dipakai, dan/atau peranti lain (“Peranti”).


Semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan Pesanku, nama dagangan, logo, nama domain, serta ciri lain jenama Pesanku (“Ciri Jenama Pesanku”) adalah hak milik mutlak PesanTech Sdn Bhd. Perjanjian ini tidak memberi anda hak untuk menggunakan Ciri Jenama Pesanku sama ada untuk penggunaan dagangan atau bukan dagangan.


Anda bersetuju untuk mematuhi Garis panduan pengguna dan bukan untuk menggunakan Perkhidmatan Pesanku, Kandungan atau apa-apa jua bahagian dalam cara yang tidak dibenarkan secara tersurat oleh Perjanjian ini. Kecuali hak yang diberikan jelas kepada anda dalam Perjanjian ini, Pesanku tidak memberikan hak, geran atau faedah untuk anda dalam Perkhidmatan Pesanku atau Dokumen Pengisytiharan.


6. Aplikasi dan Peranti Pihak Ketiga

Perkhidmatan Pesanku mungkin disepadukan dengan atau sebaliknya mungkin berinteraksi dengan aplikasi, laman web, serta perkhidmatan pihak ketiga (“Aplikasi Pihak Ketiga”) dan Peranti pihak ketiga untuk menjadikan Perkhidmatan Pesanku tersedia kepada anda. Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti ini mungkin mengandungi terma dan syarat penggunaan dan dasar privasi mereka sendiri dan penggunaan oleh diri anda terhadap Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti akan ditadbirkan oleh dan tertakluk pada terma dan syarat serta dasar privasi tersebut. Anda memahami dan bersetuju bahawa Pesanku tidak mengendors dan tidak bertanggungjawab atas atau menanggung tingkah laku, ciri atau kandungan Aplikasi Pihak Ketiga atau Peranti atau atas urus niaga yang anda lakukan dengan penyedia Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti tersebut, mahupun Pesanku menjamin keserasian atau keberterusan keserasian Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti dengan Perkhidmatan ini.


7. Kandungan Janaan Pengguna

Anda berjanji bahawa, berhubung dengan Dokumen Pengisytiharan yang anda isi di Pesanku,

(1) yang anda miliki atau anda mempunyai hak untuk menyiarkan Dokumen Pengisytiharan tersebut, serta

(2) Dokumen Pengisytiharan tersebut atau penggunaannya oleh anda sebagaimana yang dipertimbangkan dalam Perjanjian, tidak melanggar Perjanjian ini atau hak lain yang dibentangkan dalam Garis panduan pengguna, undang-undang yang berkenaan atau harta intelektual, publisiti, personaliti atau hak lain orang lain atau membayangkan kaitan dengan atau pengendorsan diri anda atau Dokumen Pengisytiharan anda oleh Pesanku atau mana-mana entiti yang berkepentingan terhadap Dokumen Pengisytiharan

Pesanku tidak bertanggungjawab untuk memantau, menyemak atau mengedit Dokumen Pengisytiharan. Dalam semua keadaan, Pesanku berhak untuk mengalih keluar atau menyahdayakan akses kepada Dokumen Pengisytiharan atas apa-apa juga sebab atau tanpa sebab, termasuk penggunaan Dokumen Pengisytiharan yang melanggar Perjanjian, mengikut budi bicara Pesanku semata-mata. Pesanku boleh mengambil segala tindakan ini tanpa pemberitahuan lebih awal kepada anda atau mana-mana pihak ketiga. Pengalihan keluar atau menyahdayakan akses kepada Dokumen Pengisytiharan adalah atas budi bicara kami semata-mata, serta kami tidak berjanji untuk mengalih keluar atau menyahdayakan akses kepada Dokumen Pengisytiharan yang tertentu.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas semua Dokumen Pengisytiharan yang anda isytihar, cetakan salinan dan penyiaran Dokumen Pengisytiharan. PesanTech Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas Dokumen Pengisytiharan mahupun mengendors pendapat yang terkandung dalam mana-mana Dokumen Pengisytiharan.

ANDA BERSETUJU BAHAWA JIKA SESIAPA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TERHADAP PESANKU BERKAITAN DENGAN DOKUMEN PENGISYTIHARAN YANG ANDA GUNAKAN, MAKA SEHINGGA TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG SETEMPAT, ANDA AKAN MEMBEBASKAN DAN MENGANGGAP PESANKU TIDAK BERSALAH DARIPADA DAN TERHADAP SEMUA GANTI RUGI, KERUGIAN, SERTA PERBELANJAAN DALAM APA-APA JUA BENTUK (TERMASUK BAYARAN DAN KOS PEGUAM) YANG TIMBUL DARIPADA TUNTUTAN SEUMPAMANYA.


8. Garis Panduan Pengguna

Pesanku menghormati hak harta intelektual dan menjangkakan anda juga berbuat demikian. Kami telah menetapkan beberapa peraturan asas untuk anda ikuti apabila menggunakan Perkhidmatan ini untuk memastikan Pesanku tetap efisien bagi semua. Anda mestilah mengikut peraturan ini dan hendaklah menggalakkan pengguna lain untuk turut berbuat demikian. Yang berikut tidak dibenarkan atas apa-apa sebab sekalipun:

Terdapat tiga jenis produk yang ditawarkan dalam aplikasi ini. Sila pilih produk yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda

Dokumen Pengisytiharan ini merangkumi beberapa seksyen yang perlu diisi

Setiap lampiran yang perlu dilampirkan bersama dokumen ini perlu dibawa kepada Pesuruhjaya Sumpah untuk disemak dan disahkan bagi dokumen wasiat.

Setiap lampiran yang dilampirkan bersama dokumen hibah dan harta sepencarian perlu dimatikan setem hasil dimana-mana kaunter yang boleh untuk mematikan setem hasil

Anda perlu mengisi dokumen ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya anda memerlukan untuk membuat pindaan setelah anda mencetak dokumen ini, anda perlu untuk kemaskini sahaja dan mencetak semula dokumen tersebut. Sekiranya dokumen kali kedua telah siap diisi dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, dokumen kali pertama yang dibuat adalah tidak terpakai dan tidak sah.

Setiap dokumen yang telah selesai diisi, salinan dokumen dalam bentuk .pdf akan dihantar ke alamat mel yang anda sertakan ketika mengisi dokumen-dokumen tersebut. Adalah diingatkan bahawa salinan tersebut adalah satu-satunya salinan yang disimpan oleh pelanggan. PesanTech Sdn Bhd juga menyimpan maklumat-maklumat peribadi termasuk maklumat yang anda isi dalam dokumen tersebut. Maklumat tersebut adalah sulit dan tidak akan digunakan untuk kepentingan syarikat dan lain-lain. Sekiranya dokumen cetakan hilang atau musnah serta kehilangan salinan elektronik .pdf, anda boleh mendapatkan semula dengan mencetak dokumen anda dalam system Pesanku.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa menyiarkan mana-mana Dokumen Pengisytiharan yang melanggar Garis panduan pengguna ini (atau yang diyakini oleh Pesanku secara wajar telah melanggar Garis panduan pengguna ini) boleh tindakan tegas yang difikirkan wajar terhadap anda dengan serta-merta. Anda juga bersetuju bahawa Pesanku boleh menuntut ganti rugi dari anda sekiranya wajar bagi kami untuk berbuat demikian, termasuk jika anda telah melanggar Perjanjian.

Sila teliti cara anda menggunakan Perkhidmatan Pesanku dan perkara yang anda kongsi. Perkhidmatan Pesanku termasuk ciri sosial dan interaktif, termasuk kebolehan untuk menyiarkan Dokumen Pengisytiharan, berkongsi kandungan, serta membuat maklumat tertentu tentang diri anda dapat diketahui umum. Jangan lupa bahawa maklumat yang dikongsi dan tersedia untuk orang awam boleh digunakan dan dikongsi semula oleh pengguna lain di Pesanku atau merentasi web, jadi sila gunakan Pesanku dengan berhati-hati dan semak Dokumen Pengisytiharan. Pesanku tidak bertanggungjawab atas pilihan anda untuk menyiarkan bahan daripada Perkhidmatan ini.


9. Pelanggaran Dan Melaporkan Kandungan Pengguna

Pesanku menghormati hak para pemilik harta intelektual. Jika anda yakin bahawa mana-mana Kandungan itu melanggar hak harta intelektual anda atau hak lain, baca Dasar hak cipta Pesanku. Jika Pesanku dimaklumi pemegang hak cipta, menggunakan borang yang disediakan oleh Pesanku, bahawa Kandungan melanggar hak cipta, Pesanku boleh atas budi bicaranya semata-mata, mengalih keluar Kandungan tersebut daripada Perkhidmatan atau mengambil langkah lain yang dianggap wajar oleh Pesanku, tanpa pemberitahuan lebih awal kepada pengguna atau pihak lain yang membekalkan atau menyiarkan Kandungan tersebut. Jika pengguna sedemikian atau pihak lain yakin bahawa tiada pelanggaran dalam Kandungan itu, dalam keadaan tertentu dia boleh menyerahkan pemberitahuan balas kepada Pesanku dengan permintaan untuk mendapatkan semula kandungan yang telah dialih keluar, yang Pesanku mungkin lakukan atau tidak, atas budi bicara Pesanku semata-mata.


Jika anda yakin bahawa mana-mana Kandungan tidak mematuhi garis panduan Pengguna, sila isi borang notis kami.


10. Sokongan Pelanggan

Bagi sokongan pelanggan dengan pertanyaan berkaitan akaun dan berkaitan bayaran (“Pertanyaan Sokongan Pelanggan”), sila serahkan maklumbalas kepada jabatan Khidmat Pelanggan kami menggunakan borang hubungan Khidmat Pelanggan di seksyen Perihal Kami di laman web kami. Kami akan menggunakan usaha yang wajar untuk membalas semua Pertanyaan Sokongan Pelanggan dalam rangka masa yang munasabah tetapi kami tidak berjanji bahawa mana-mana Pertanyaan Sokongan Pelanggan akan dibalas dalam tempoh rangka masa tertentu dan/atau bahawa kami akan dapat menjawab pertanyaan tersebut.


11. Kawalan Eksport

Produk Pesanku tertakluk pada undang-undang dan peraturan kawalan eksport dan eksport semula Malaysia. Khususnya, anda bersetuju bahawa anda tidak akan – secara langsung atau tidak langsung – menjual, mengeksport, mengeksport semula, memindahkan, melencongkan atau sebaliknya melupuskan produk, perisian atau teknologi (termasuk produk yang terbit daripada atau berasaskan teknologi seumpamanya) yang diterima daripada Pesanku mengikut Perjanjian ke destinasi, kepada entiti atau orang yang dilarang oleh undang-undang atau peraturan Malaysia yang berkenaan atau bidang kuasa lain tanpa mendapatkan kebenaran lebih awal daripada pihak berkuasa kerajaan yang kompeten sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan tersebut.


12. Terma Dan Penamatan

Perjanjian ini akan terus diwajibkan pada diri anda sehingga ditamatkan oleh sama ada anda atau Pesanku. Bagaimanapun, anda mengakui dan bersetuju bahawa lesen kekal yang diberi oleh anda berkaitan dengan Kandungan Pengguna, termasuk Maklum balas, tidak boleh ditarik balik dan akan berterusan selepas tamat tempoh atau penamatan mana-mana Perjanjian atas apa-apa sebab. Pesanku boleh menamatkan Perjanjian atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan Pesanku pada bila-bila masa, termasuk jika berlaku penggunaan tanpa kebenaran yang sebenarnya berlaku ataupun disyaki terhadap Perkhidmatan dan/atau Kandungan Pesanku, ketidakpatuhan terhadap Perjanjian atau jika kami menarik balik Perkhidmatan dan/atau Kandungan (dalam kes ini, kami akan memberi anda notis munasabah lebih awal sebelum berbuat demikian). Jika anda atau Pesanku menamatkan Perjanjian atau jika Pesanku menggantung akses anda kepada Perkhidmatan Pesanku, anda bersetuju bahawa Pesanku tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap diri anda, serta Pesanku tidak akan membayar balik jumlah yang sudah anda bayar, sehingga takat maksimum yang dibenarkan mengikut undang-undang yang berkenaan. Anda boleh menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa. Untuk mengetahui cara menamatkan akaun Pesanku anda, sila hubungi kami melalui borang hubungan Khidmat Pelanggan yang tersedia di halaman Perihal Kami. Seksyen ini akan dikuatkuasakan sehingga takat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.


Seksyen 7, 8, 9, 11, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23 dan 24 di sini, serta seksyen lain Perjanjian yang, sama ada secara tersurat atau kerana sifatnya mestilah kekal berkuat kuasa walaupun selepas penamatan Perjanjian, akan tetap digunakan selepas penamatan.



13. Penafian Jaminan

ANDA MAKLUM DAN BERSETUJU BAHAWA PERKHIDMATAN PESANKU DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA,” TANPA JAMINAN ATAU SYARAT YANG TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT DALAM APA-APA JUA BENTUK. PESANKU DAN SEMUA PEMILIK KANDUNGAN TIDAK MEMBERIKAN GAMBARAN BAHAWA DAN MENAFIKAN JAMINAN ATAU SYARAT KUALITI YANG MEMUASKAN, KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU KETIDAKLANGGARAN. PESANKU MAHUPUN MANA-MANA PEMILIK KANDUNGAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN PESANKU ADALAH BEBAS DARIPADA PERISIAN BERNIAT JAHAT ATAU KOMPONEN LAIN YANG MEMUDARATKAN. SELAIN ITU, PESANKU TIDAK MEMBERIKAN GAMBARAN MAHUPUN WARANTI, MENGENDORS, MENJAMIN ATAU MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB TERHADAP MANA-MANA APLIKASI PIHAK KETIGA (ATAU KANDUNGAN DALAMNYA), KANDUNGAN PENGGUNA, PERANTI ATAU PRODUK ATAU PERKHIDMATAN LAIN YANG DIIKLANKAN, DIPROMOSIKAN ATAU DITAWARKAN OLEH PIHAK KETIGA PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN PESANKU ATAU LAMAN WEB YANG DIHIPERPAUTKAN ATAU DISIARKAN DALAM SEPANDUK ATAU PENGIKLANAN LAIN DAN PESANKU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN BAGI URUS NIAGA ANTARA ANDA DENGAN PEMBEKAL PIHAK KETIGA DI ATAS.


NASIHAT ATAU MAKLUMAT SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS YANG ANDA DAPATI DARIPADA PESANKU TIDAK AKAN MENJADI JAMINAN BAGI PIHAK PESANKU. SEMASA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PESANKU, ANDA MUNGKIN AKAN MENDAPAT AKSES KEPADA CIRI PENAPISAN KANDUNGAN EKSPLISIT TETAPI PENGGUNAAN CIRI-CIRI INI MUNGKIN MASIH TIDAK MENGHALANG SEDIKIT KANDUNGAN EKSPLISIT DITAYANGKAN, SERTA ANDA HENDAKLAH TIDAK BERGANTUNG PADA CIRI SEUMPAMANYA UNTUK MENAPIS KELUAR SEMUA KANDUNGAN EKSPLISIT.


TANPA MENGEHADKAN YANG TERSEBUT DI ATAS, TIADA SATU PUN DALAM SEKSYEN INI AKAN MEMBERIKAN KESAN MENGEHADKAN LIABILITI PESANKU APABILA BERLAKU KEGAGALAN KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ASASNYA UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN DI BAWAH PERJANJIAN INI. SEKSYEN INI DIWAJIBKAN SEPENUHNYA SEHINGGA TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.


SEKSYEN INI TIDAK MEMPENGARUHI HAK STATUTORI ANDA SEBAGAI PENGGUNA.



14. Pengehadan

ANDA BERSETUJU BAHAWA REMEDI EKSKLUSIF DAN SATU-SATUNYA BAGI MASALAH ATAU KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP PERKHIDMATAN PESANKU ADALAH UNTUK MENYAHPASANG MANA-MANA PERISIAN PESANKU DAN UNTUK BERHENTI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PESANKU. ANDA BERSETUJU BAHAWA PESANKU TIDAK MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB ATAU LIABILITI YANG TIMBUL AKIBAT ATAU BERKAITAN DENGAN APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGANNYA YANG MENJADI TERSEDIA MELALUI ATAU DALAM HUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN PESANKU, SERTA WALAUPUN HUBUNGAN ANDA DENGAN APLIKASI PIHAK KETIGA TERSEBUT MUNGKIN DITADBIRKAN OLEH PERJANJIAN BERASINGAN DENGAN PIHAK KETIGA TERSEBUT, REMEDI EKSKLUSIF DAN SATU-SATUNYA, BERKENAAN PESANKU, ATAS MASALAH ATAU KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN DALAMNYA, ADALAH UNTUK MENYAHPASANG DAN/ATAU BERHENTI MENGGUNAKAN APLIKASI PIHAK KETIGA TERSEBUT.

DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, PESANKU, PARA PEGAWAI, PEMEGANG SAHAM, PEKERJA, PENGARAH, ANAK-ANAK SYARIKAT, SEKUTU, PEWARIS, PENYERAH HAK, PEMBEKAL ATAU PEMEGANG LESEN TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP:


(1) KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN (TERMASUK GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU TELADAN) YANG TIDAK DAPAT DIRAMALKAN. KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DAPAT DIRAMALKAN JIKA SALAH SATUNYA JELAS DAN NYATA BAHAWA ITU AKAN BERLAKU ATAU JIKA, PADA MASA KONTRAK DIBUAT, ANDA DAN KAMI MENGETAHUI KEMUNGKINANNYA BERLAKU;


(2) APA-APA JUA:

(A) KEHILANGAN PENGGUNAAN;

(B) KEHILANGAN DATA;

(C) KEHILANGAN PERNIAGAAN;

(D) KEHILANGAN KEUNTUNGAN; ATAU

(E) KEROSAKAN PADA PERANTI, SEHINGGA TAKAT ANDA MUNGKIN DAPAT MENGELAKKANNYA SEPERTI KEROSAKAN YANG TIMBUL AKIBAT MENGIKUT NASIHAT KAMI UNTUK MEMASANG KEMAS KINI TERHADAP PERKHIDMATAN ATAU KANDUNGAN ATAU JIKA KEROSAKAN TERSEBUT AKIBAT KEGAGALAN ANDA DALAM MEMATUHI ARAHAN PEMASANGAN DENGAN BETUL ATAU TELAH MENYEDIAKAN KEPERLUAN MINIMUM SISTEM SEBAGAIMANA YANG DIBERITAHU OLEH KAMI,

DALAM SEMUA KES YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU AKIBAT TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PESANKU, PERANTI, APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN APLIKASI PIHAK KETIGA, TANPA MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG, TANPA MENGIRA SAMA ADA PESANKU TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT, MALAH JIKA REMEDI GAGAL MEMENUHI MATLAMAT PENTINGNYA;


(3) LIABILITI AGREGAT BAGI SEMUA TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN PESANKU, APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN APLIKASI PIHAK KETIGA YANG LEBIH DARIPADA JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA PESANKU SEPANJANG TEMPOH DUA BELAS BULAN SEBELUMNYA; ATAU


(4) TIDAK MENJALANKAN ATAU TIDAK MENJALANKAN DENGAN SEMPURNA ATAU KELEWATAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI AKIBAT FORCE MAJEURE ATAU SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIRAMALKAN SECARA MUNASABAH ATAU DI LUAR KAWALAN MUNASABAH PESANKU.

Tiada satu pun dalam Perjanjian yang menghilangkan atau mengehadkan liabiliti Pesanku terhadap penipuan, salah nyata palsu, kematian atau kecederaan diri yang diakibatkan oleh kecuaiannya, serta, jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kecuaian melampau.

SEKSYEN INI DIWAJIBKAN SEPENUHNYA SEHINGGA TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN. ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN DI KAWASAN ANDA YANG MEMBOLEHKAN REMEDI SELAIN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS.


15. Keseluruhan Perjanjian

Selain yang dinyatakan dalam seksyen ini atau sebagaimana yang telah disetujui secara bertulis dengan jelas antara anda dengan Pesanku, Perjanjian ini membentuk semua terma dan syarat yang telah disetujui antara anda dengan Pesanku dan mengatasi perjanjian lebih awal yang berkaitan dengan perkara dalam Perjanjian ini, sama ada secara bertulis atau lisan.

Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa aspek tertentu tentang penggunaan Perkhidmatan Pesanku oleh diri anda mungkin ditadbirkan oleh perjanjian tambahan. Ini mungkin termasuk, sebagai contoh, akses kepada Perkhidmatan Pesanku sebagai hasil kad hadiah, Percubaan yang percuma atau diberi diskaun atau bersama-sama dengan perkhidmatan lain. Apabila anda diberikan tawaran untuk menggunakan aspek tersebut, anda akan dimaklumkan tentang perjanjian tambahan yang berkaitan, serta anda mungkin akan diberi peluang untuk menyetujui terma tambahan. Sesetengah terma tambahan itu ada disenaraikan di laman web Pesanku.my. Sehingga setakat yang terdapat percanggahan yang tidak dapat diselesaikan antara terma tambahan dengan Terma ini, terma tambahan akan mengatasi.


16. Kebolehasingan, Penepian Dan Tafsiran

Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Perjanjian, sekiranya mana-mana peruntukan Perjanjian dianggap sebagai tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan atas apa-apa jua sebab atau sehingga takat, ketidaksahan atau kebolehkuatkuasaan tersebut tidak akan sekali-kali menjejaskan atau menjadikan peruntukan Perjanjian yang selebihnya tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, serta pemakaian peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kegagalan oleh Pesanku atau penerima manfaat pihak ketiga untuk menguatkuasakan Perjanjian atau peruntukan tidak akan menepikan hak Pesanku atau penerima manfaat pihak ketiga yang berkaitan untuk berbuat demikian.

Sebagaimana yang digunakan dalam Terma ini, perkataan “termasuk” serta variasinya akan dianggap diikuti oleh perkataan “tanpa had.”


17. Penyerahan Hak

Pesanku boleh menyerah hak Perjanjian ini, serta mana-mana haknya mengikut Perjanjian ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, serta Pesanku boleh mewakilkan mana-mana tanggungjawabnya mengikut Perjanjian ini. Anda tidak boleh menyerah hak Perjanjian, secara keseluruhan atau sebahagian, mahupun memindahkan atau mensublesenkan hak anda mengikut Perjanjian ini, kepada mana-mana pihak ketiga.


18. Pembayaran Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk melepaskan Pesanku daripada dan terhadap semua ganti rugi, kerugian dan perbelanjaan apa-apa jua jenis (termasuk bayaran dan kos peguam yang munasabah) yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan:

(1) pelanggaran Perjanjian ini atau mana-mana satu daripadanya;

(2) mana-mana Dokumen Pengisytiharan yang anda siarkan;

(3) aktiviti yang anda sertai atau melalui Perkhidmatan Pesanku; dan

(4) pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh diri anda.




19. Pilihan Undang-undang, Penimbangtaraan Wajib Dan Tempat

19.1 Undang-undang / Bidang Kuasa Pentadbir

Kecuali jika dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang mandatori negara ahli Kesatuan Eropah atau bidang kuasa lain, Perjanjian (dan pertikaian bukan kontraktual/tuntutan yang timbul akibat atau sehubungan dengannya) tertakluk pada undang-undang negeri atau negara yang disenaraikan di bawah, tanpa mengira pilihan atau konflik prinsip undang-undang.

Seterusnya, anda dan Pesanku bersetuju atas bidang kuasa mahkamah Malaysia dan sistem perundangan Malaysia untuk menyelesaikan pertikaian, tuntutan atau kontroversi yang timbul dalam hubungan dengan Perjanjian ini (dan pertikaian/tuntutan yang timbul berkaitan dengannya). (Dalam sesetengah kes, bidang kuasa itu akan menjadi “eksklusif”, yang bermaksud bahawa tiada mahkamah negara lain boleh mempengerusikan perkara; mempunyai kuasa; dalam kes lain, kuasa ini “tidak-eksklusif”, yang bermakna mahkamah negara lain tidak boleh  mempunyai bidang kuasa.


19.2 PENEPIAN TINDAKAN BERKELOMPOK

APABILA DIBENARKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, ANDA DAN PESANKU BERSETUJU BAHAWA SETIAP PIHAK BOLEH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TERHADAP PIHAK YANG SATU LAGI HANYA DALAM KAPASITI INDIVIDU DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU AHLI KUMPULAN DALAM TINDAKAN YANG BERUPA KELOMPOK ATAU PERWAKILAN. Kecuali kedua-dua anda dan Pesanku bersetuju, penimbang tara atau hakim tidak boleh menggabungkan lebih daripada tuntutan satu orang atau sebaliknya mempengerusikan apa-apa jua bentuk prosiding perwakilan atau kelompok.


19.3 PENIMBANGTARAAN

Jika anda berada, berpangkalan, mempunyai pejabat atau menjalankan perniagaan di tempat yang menguatkuasakan bidang kuasa Seksyen 24.3., peruntukan timbang tara wajib yang berikut akan diwajibkan:


19.3.1 Penyelesaian pertikaian dan penimbangtaraan

Anda dan Pesanku bersetuju bahawa pertikaian, tuntutan atau kontroversi antara anda dengan Pesanku yang timbul berhubungan atau berkaitan dalam apa jua cara dengan Perjanjian ini atau dengan hubungan anda dengan Pesanku sebagai pengguna Perkhidmatan (sama ada berdasarkan kontrak, tort, statut, penipuan, salah nyata atau teori undang-undang yang lain, serta sama ada tuntutan timbul semasa atau setelah penamatan Perjanjian) akan ditentukan oleh penimbangtaraan individu wajib yang mengikat. Penimbangtaraan lebih tidak formal berbanding tuntutan mahkamah di mahkamah. TIADA HAKIM ATAU JURI DALAM PENIMBANGTARAAN, SERTA KAJIAN SEMULA MAHKAMAH TERHADAP PEMBERIAN PENIMBANGTARAAN ADALAH TERHAD. Mungkin terdapat penemuan yang lebih terhad daripada di mahkamah. Penimbang tara mestilah mengikut perjanjian ini dan boleh memberikan ganti rugi dan relief yang sama seperti mahkamah (termasuk bayaran peguam), kecuali penimbang tara mungkin tidak akan memberikan relief perisytiharan atau injunksi yang memberikan manfaat kepada sesiapa kecuali pihak-pihak yang terlibat dalam penimbangtaraan ini. Peruntukan penimbangtaraan ini akan terus bertahan selepas penamatan Perjanjian.


19.3.2 Pengecualian

Meskipun terdapat fasal 24.3.1 di atas, kedua-dua anda dan Pesanku bersetuju bahawa tiada satu pun di sini yang akan dianggap sebagai menepikan, menghalang atau sebaliknya mengehadkan hak kita berdua, pada bila-bila masa, untuk

(1) mengemukakan tindakan perseorangan dalam mahkamah tuntutan kecil

(2) meneruskan permohonan tindakan penguatkuasaan melalui agensi persekutuan, negeri atau setempat di mana tindakan tersebut tersedia,

(3) cuba mendapatkan relief injunksi di mahkamah undang-undang atau

(4) untuk memfailkan tuntutan undang-undang di mahkamah undang-undang untuk menangani tuntutan pelanggaran harta intelektual.


193.3 Peraturan penimbangtaraan

Sama ada anda atau kami boleh memulakan prosiding penimbangtaraan. Penimbangtaraan antara anda dengan Pesanku akan akhirnya diselesaikan mengikut Peraturan Penimbangtaraan International Chamber of Commerce ( “ICC”) yang sedang berkuat kuasa ( “Peraturan ICC”) oleh satu atau lebih penimbang tara yang dilantik mengikut Peraturan ICC, sebagaimana yang diubah suai oleh Perjanjian ini, serta akan ditadbirkan oleh International Court of Arbitration bagi ICC.

Penimbangtaraan akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan kecuali dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang mandatori negara ahli Kesatuan Eropah atau bidang kuasa lain, undang-undang yang akan digunakan dalam penimbangtaraan ialah undang-undang Malaysia, tanpa mengira pilihan atau konflik prinsip undang-undang.


19.3.4 Masa memfailkan

Penimbangtaraan mestilah dimulakan dengan memfailkan permintaan bagi penimbangtaraan dalam tempoh SATU (1) TAHUN selepas tarikh pihak yang lebih dahulu membuat tuntutan mula-mula tahu atau secara munasabah sepatutnya tahu tentang tindakan, ketinggalan atau kemungkaran yang mengakibatkan tuntutan; dan tiada hak untuk mendapat remedi bagi tuntutan yang tidak dikemukakan dalam tempoh masa tersebut. Jika undang-undang yang berkenaan melarang tempoh pengehadan pengemukaan tuntutan, tuntutan mestilah dikemukakan dalam tempoh masa terpendek yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.


19.3.5 Notis; Proses

Suatu pihak yang berniat untuk mendapatkan penimbangtaraan mestilah pertama sekali menghantar notis bertulis tentang pertikaian ini kepada pihak yang satu lagi, melalui pos berdaftar atau Federal Express (tandatangan dikehendaki) atau sekiranya alamat fizikal anda tiada pada kami, melalui mel elektronik ("Notis"). Alamat Pesanku untuk Notis ialah: [Pesanku, Attn: Alamat PESANTECH SDN BHD, 33B-M-04, Mezzanine (Commercial) Floor, Villa Putra Condominium, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur, My]. Notis ini mestilah


(1) menerangkan jenis dan asas tuntutan atau pertikaian; dan

(2) membentangkan relief sebenar yang dikehendaki ("Permintaan"). Kami bersetuju untuk menggunakan usaha suci hati untuk menyelesaikan tuntutan secara langsung tetapi jika kami tidak mencapai persetujuan untuk berbuat demikian dalam tempoh 30 hari setelah Notis diterima, anda atau Pesanku boleh memulakan prosiding timbang tara. Sepanjang penimbangtaraan, jumlah mana-mana tawaran penyelesaian yang dibuat oleh anda atau Pesanku tidak akan dimaklumkan kepada penimbang tara sehingga setelah penimbang tara membuat keputusan akhir dan pemberian, jika ada. Sekiranya pertikaian kita akhirnya diselesaikan melalui penimbangtaraan yang menyebelahi pihak anda, Pesanku akan membayar anda


 (1) jumlah yang diberi oleh penimbang tara, jika ada,

(2) jumlah penyelesaian bertulis terakhir yang ditawarkan oleh Pesanku dalam penyelesaian pertikaian sebelum pemberian penimbang tara; atau

(3) $1,000.00, mana-mana yang lebih besar.

Semua dokumen dan maklumat yang didedahkan semasa proses penimbangtaraan akan dipastikan benar-benar sulit oleh penerima dan tidak akan digunakan oleh penerima untuk tujuan selain penimbangtaraan atau penguatkuasaan keputusan dan pemberian penimbang tara dan tidak akan didedahkan kecuali secara sulit kepada orang yang perlu tahu untuk tujuan tersebut atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Kecuali sebagaimana yang dikehendaki untuk menguatkuasakan keputusan dan pemberian penimbang tara, kedua-dua anda dan Pesanku hendaklah tidak membuat pengumuman awam atau memberikan komen kepada orang ramai atau menjalankan publisiti berkenaan penimbangtaraan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, fakta bahawa pihak-pihak ini sedang menghadapi pertikaian, kewujudan penimbangtaraan atau keputusan atau pemberian penimbang tara.


19.3.6 Pengubahsuaian

Sekiranya Pesanku membuat perubahan masa hadapan pada peruntukan penimbangtaraan ini (selain perubahan alamat Pesanku untuk menghantar Notis), anda boleh menolak perubahan seumpamanya dengan menghantar kepada kami notis bertulis dalam tempoh 30 hari selepas perubahan alamat Pesanku untuk Notis. Maka, akaun anda dengan Pesanku akan ditamatkan dengan serta-merta dan peruntukan penimbangtaraan ini, yang berkuat kuasa sebelum pindaan yang anda tolak itu, akan tetap berkuat kuasa.


19.3.7 Kebolehkuatkuasaan

Jika penepian tindakan berkelompok pada Seksyen 24.2 tidak dapat dikuatkuasakan dalam penimbangtaraan atau jika bahagian Seksyen 24.3 ini tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, maka keseluruhan Seksyen 24.3 ini akan menjadi batal dan tidak sah. Dalam halaman sebegini, kesemua pihak bersetuju bahawa bidang kuasa dan tempat eksklusif yang diterangkan dalam Seksyen 24.1 akan mentadbir tindakan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini.


20. Hubungi kami

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan Perkhidmatan Pesanku atau Perjanjian, sila hubungi Khidmat Pelanggan Pesanku dengan melawati seksyen Perihal Kami pada laman web kami.Terima kasih kerana membaca Terma kami. Kami harap anda memilih Pesanku


Entiti yang berkontrak:

PesanTech Sdn Bhd

33B-M-04, Mezzanine (Commercial) Floor, Villa Putra Condominium, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur, My


© PESANKU.