free amp template

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Halaman ini merangkumi dasar privasi, maklumat dan data peribadi, pautan kepada laman web lain serta pindaan dasar melibatkan penggunaan serta maklumat yang dikemukakan oleh pelanggan. PesanTech Sdn Bhd menghormati hak setiap individu dan pelanggan untuk menikmati hak privasi untuk melayari laman web ini. Setinggi perhargaan kami terhadap pelanggan dan kami berasa bangga untuk mengekalkan kesetiaan dan meraikan setiap pelanggan termasuk komited menjaga privasi mereka. Peruntukan dalam notis ini adalah terpakai kepada semua pelanggan kami.


Maklumat Dan Data Peribadi

Maklumat dan data peribadi akan dikumpul dan disimpan semasa anda melayari laman web ini termasuk maklumat yang dikemukakan oleh anda semasa mengisi dokumen yang anda pilih. Maklumat dan data peribadi pelanggan tidak akan disimpan melainkan transaksi pembelian sebagai bukti pembelian dokumen dan salinan dokumen dalam bentuk elektronik yang telah siap diisi akan dihantar kepada alamat mel elektronik atau email yang disertakan oleh pelanggan ketika mengisi dokumen ini.


Pautan Kepada Laman Web Lain

Laman web ini juga mungkin mempunyai pautan ke laman web yang lain. Dasar polisi privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Sukacita diingatkan kepada pengguna bahawa pautan kepada laman web yang terdapat dalam laman web ini mungkin mempunyai dasar polisi privasi yang berbeza dan pengguna adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami setiap dasar polisi privasi bagi setiap laman web yang dikunjungi.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini termasuk cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama-sama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu dengan melayari laman ini. Dengan mengambil kira aspek penting berkaitan perundangan, standard prosedur operasi dan amalan perniagaan, pihak kami boleh mengkaji semula dan mengubah polisi ini dari semasa ke semasa. Kami berkemungkinan tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang sekiranya berlaku sebarang perubahan kepada polisi ini secara khusus, versi-versi naik taraf terbaru polisi ini boleh didapati di laman web kami pada masa-masa akan datang. Polisi ini juga bukan satu kontrak dan pihak kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap polisi yang dibuat tidak menyalahi sistem perundangan sedia ada. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris notis ini, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai.